MiDAS Commentaries

MEREALISASIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) DALAM MENGHADAPI CABARAN ABAD KE-21

 

Disediakan Oleh: Kol Hamidi bin Hashim TUDM

Pengarah Teknologi Komparatif, MiDAS

Sumber: Ucapan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia semasa Mesyuarat High Level Round Table untuk Kertas Putih Pertahanan, 29 Jan 2019.

           

Kewujudan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat penting dalam keperluan strategik dan polisi; terutamanya untuk kedaulatan Malaysia, keamanan dan kestabilan. Semangat terhadap pencapaian tersebut telah telah direalisasikan dengan Pembangunan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang pertama. Meskipun terdapat pembagi yang tidak jelas antara keselamatan dan pertahanan, diharapkan KPP ini akan memperjelaskan dan menyorot perbezaan tersebut.

Sebab wujudnya ATM ialah untuk mengelakkan peperangan namun sekiranya peperangan tidak dapat dielakkan ia mesti dimenangi tanpa mengira kos. Masa aman merupakan masa untuk bersedia untuk peperangan. Dalam menegakkan tugas dan mandat yang diamanhkan, kesetiaan kepada Raja, Negara dan Kerajaan yang memerintah tidak perlu dipersoalkan dan akan kekal apolitik sebagai benteng negara.

Kedua, angkatan pertahanan merupakan penjaga kepada keamanan dan keselamatan Negara seperti yang disokong oleh Hans Morgenthau, Kesiagaan angkatan tentera merupakan satu elemen Kuasa Nasional. Definasi ini menyokong fungsi angkatan tentera; tidak kira masa aman atau dalam masa peperangan, memastikan kedaulatan dan keselamatan negara dipertahankan untuk pembangunan sosio-ekonomi tanpa sebarang halangan. Tambahan pula ATM juga membantu kerajaan dalam usaha pembangunan negara. Ini penting untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat  terhadap kredibiliti dan pendirian sebagai organasasi yang professional selain membentuk semangat patriotism terhadap negara keseluruhannya.

Walaupun institusi pertahanan mempunyai tugas yang khusus, ATM tidak mampu untuk melaksanakannya bersendirian. Terdapat beberapa isu yang kritikal yang dihadapi oleh ATM dalam menjalankan tugasnya hariannya. Isu kontemporari dan keselamatan masa hadapan memerlukan ATM untuk melaksanakan pelbagai tugas dan operasi walaupun terdapat kekangan anggota dan asset. Oleh yang demikian pendekatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat diperlukan untuk memastikan keamanan dan keselamatan dikekalkan. Walaupun konsep Pertahanan Menyeluruh atau HANRUH telah diperkenalkan, ia masih memerlukan komitmen dan pembabitan  rakyat yang lebih baik.

Sejak penubuhan pada Mac 1933 hampir 86 tahun lalu, ATM telah menjalani pelbagai fasa evolusi dan transformasi dari angkatan untuk memerangi insurgensi telah berevolusi menjadi angkatan moden konvensional dimensi ke empat mampu berperang dalam semua domain. Pada masa yang sama ia masih memerlukan pemodenan dan melengkapkan semula disebabkan oleh teknologi lapuk, memperlengkapkan asset-aset termasuk bersedia untuk menangani cabaran-cabran baru dalam persekitaran geo-strategik moden. Perlu diingat bahawa cabaran bukan tradisi seperti bencana alam dan malapetaka memerlukan ATM meningkatkan fungsi dan tangggungjawab dalam operasi ketenteraan selain peperangan atau MOOTW.

Berikut merupakan objektif untuk memperolehi dan mendaptkan angkatan masa hadapan atau future force iaitu pertama angkatan untuk pertahanan secara amnya tapi mampu menyerang. Aspek unjuran dan menyerang  amat penting mengambil kira persekitaran geografi termasuk sempadan termasuk air dan udara. Kedua angkatan ini mampu beroperasi di kedua-kedua kawasan (Semenanjung Malaysia  / Sabah dan Sarawak) secara serentak dan berdikari. Ketiga mampu beroperasi pada setiap domain iaitu darat, laut, udara dan siber.

            Sebelum ini ATM beroperasi secara satu perkhidmatan amnya disebabkan oleh dinamik kaedah peperangan sebelumnya. Pada masa kini kaedahnya telah berubah kepada semua perkhidmatan melibatkan kesemua domain peperangan moden. Sesuatu perkhidamatan tidak mampu untuk meneruskan kelangsungan tanpa bantuan dari perkhidmatan yang lain. Tambahan pula daomain siber, informasi dan spectrum elektromagnetis telah banyak merubah cara ATM beroperasi pada masa kini dan masa hadapan.

            Mowat Centre dari University of Toronto pada tahun 2013 telah menyatakan terdapat Sembilan trend mega global yang akan mempengaruhi perkhidmatan awan dan kerajaan. Antara factor yang paling penting ialah membolehkan teknologi (enabling technology). Pada tahun 2016 Forum Ekonomi Dunia Davos telah menamakan factor ini sebagai Revolusi Industri ke Empat atau IR4.0. Revolusi ini telah membuka laluan kepada domain-domain baharu seperti siber yang telah membenarkan akses kepada komunikasi termasuk darat, laut dan udara. Pada masa yang sama memberi kelebihan untuk opersi ketenteraan kepada ketiga-tiga perkhidmatan. Perlu dititikberatkan bahawa rangkaian komunikasi sentrik yang selamat untuk membantu operasi bersama dan juga menubuhkan Pusat Informasi Negara yang mana ATM mampu mengawal dalam mengendalikan isu-isu siber.

            ATM memperakui manusia – mesin – kaedah akan memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugas. Manusia merupakan independent variable dalam segitiga tersebut. Pembangunan modal insan akan menjadi titik fokal dalam ATM. Pembangunan modal insan merupakan keutamaan dan pelbagai aspek peningkatan melalui inisiatif sains, teknologi, kejuruteaan dan matematik, kecerdasan buatan (AI) dan seterusnya perlu diberi keutamaan. Semua anggota akan dilatih untuk fungsi akal yang kognitif da psikomotor akan dilakukan di institusi-institusi latihan seperti UPNM, PUSPAHANAS dan sebagainya. Fokusnya ialah untuk mendapatkan anggota yang sesuai dan berkarektor yang akan menjadi angkatan masa hadapan.

Unjuran Angkatan masa hadapan berdasarkan pelan pembangunan strategic yang dikenali sebagai 4th Dimension Malaysian Armed Forces or 4D MAF. Pelan tersebut menetapkan dari asas ancaman kepada asas keupayaan.

            Membangunkan keupayaan tunjang untuk menangani cabaran pelbagai spectrum. Fokus utama ialah untuk melengkapkan dan mengopereasikan angkatan semasa seperti yang termaktub dalam 4D MAF dan seterusnya menbangunkan angkatan masa hadapan. Angkatan semasa akan dinaiktarafkan, dilangkapkan, baik pulih dan dimodenkan untuk operasi semasa dan masa hadapan ATM.

Keupayaan kritikal angkatan tersebut akan meningkatkan keupayaan tempur, pertahanan pengkalan, pemantauan berterusan, memanfaatkan teknologi maklumat, pertahanan angkatan dan keupayaan penyebaran melalui Pasukan Cepat Atur Gerak.

 

Pelan pembangunan akan memfokuskan kepada tiga ciri terutamanya angkatan bersama yang merangkumi angkatan bersepadu mampu untuk melaksanakan pelbagai tugas operasi. Seterusnya keunggulan maklumat terutamnaya dlam domain C4IRST. Akhir sekali serba boleh dalam pelbagai dimensi iaitu darat, air, udara, informasi atau siber dan angkasa lepas.

            Terdapt beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh ATM dan Negara amnya. Pertama ialah peruntukan kewangan. ATM memerlukan peruntukan yang tetap setiap tahun dan boleh disandarkan kepada KDNK untuk memastikan kelangsungan pembangunannya. Kedua industry pertahanan negara perlu membantu mempertingkatkan keupayaan ATM untuk mencapai status berdikari sepenuhnya. Akhir sekali melibatkan rakyat bahawa pertahanan merupakan tanggungjawab bersama dan tidak boleh diambil mudah. Ini memerlukan pengorbangan dan pemikiran yang betul terhadap pertahanan dan keselamatan oleh setiap rakyat Malaysia.

Kesimpulannya ATM bersiap sedia untuk halatuju dalam mendaptkan asset-aset yang diperlukan beserta teknologi untuk mencapai objektif angkatan masa hadapan untuk dekat seterusnya. Dibayangkan pelan  pembangunan berinovatif melalui peruntukan pertahanan berdasarkan ekonomi dan KDNK yang robust. ATM juga akan focus kepada memodenkan melalui meramalkan kemungkinan konflik pada masa hadapan dan mengumpulkan angkatan masa hadapan yang diukur kepada kesiagaaan mampu memberi hasil yang dekendaki. Akhir sekali angkatan masa hadapan merupakan angkatan yang seimbang, serba boleh, tegap serta garang mampu mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah pada masa yang sama mampu menangani pelbagai keperluan operasi ketenteraan selain peperangan (MOOTW).